Powered By Blogger

Sabtu, 11 April 2020

Tentang Aku

Assalamualaikum, setelah sekian membuat blog ni, sekarang baru saya dapat kembali aktif. Sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelajar, sehinggakan bidang penulisan yang saya kira sebagai suatu 'passion' ataupun minat saya terpaksa saya ketepikan. Apa-apa pun, saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya dahulu kepada kalian.

Nama diberi Arisha Iqlima. Nama ini merupakan nama pena saya. Saya memilih nama ini sebagai nama pena saya kerana saya mahu membina satu karakter diri yang berbeza dengan diri saya yang sebenar, namun sebahagian sisinya dekat dengan dengan diri sebenar saya. Pendek kata, dengan nama ini, saya ingin dikenali sebagai Arisha, dan bukan diri saya yang sebenar.

Saya amat gemar dengan bidang penulisan sejak dulu lagi. Namun minat saya lebih kepada bidang puisi, dan bukannya penulisan cerita atau cerpen dan sebagainya. Namun, saya hanya menulis mengikut pendapat dan pandangan saya sahaja. Sekiranya kalian lebih arif tentang bahasa puisi, bantulah saya dengan memberi komen-komen membina agar saya dapat lebih memperbaiki diri dan penulisan saya.

Saya rasa mungkin setakat itu sahaja dahulu ya, semoga kita bersua di lain masa. Wassalamualaikum w.b.t. Sempena hari pertama saya kembali aktif di blog ini, saya akan muat naik satu puisi yang saya hasilkan. Terimalah. Komen dan kritikan membina amat saya hargai🄰.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan