BANTU AKU CARI BAHAGIA
Tuhan,
Bantu aku cari bahagia
Kerna aku terlalu mengharap belas insan
Hati aku terus diremukkan
Aku salah
Ternyata salah
Belas insan yang aku harapkan
Namun tiada apa yang aku dapat sebagai balasan
Hanya luka, racun dan sembilu yang kembali menusuk aku
Melukai aku kembali
Aku tak ingin lebih
Aku hanya ingin difahami dan dikasihani
Dan bila aku sedih
Ada yang akan mendakap aku
Dan mengatakan
'Aku ada di sini untuk kamu,
Semuanya akan baik-baik saja'
200320
08:15 a.m
Tinta Arisha
Tulisan itu saringan kata-kata dari hatiku
Sabtu, 11 April 2020
Tentang Aku
Assalamualaikum, setelah sekian membuat blog ni, sekarang baru saya dapat kembali aktif. Sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelajar, sehinggakan bidang penulisan yang saya kira sebagai suatu 'passion' ataupun minat saya terpaksa saya ketepikan. Apa-apa pun, saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya dahulu kepada kalian.
Nama diberi Arisha Iqlima. Nama ini merupakan nama pena saya. Saya memilih nama ini sebagai nama pena saya kerana saya mahu membina satu karakter diri yang berbeza dengan diri saya yang sebenar, namun sebahagian sisinya dekat dengan dengan diri sebenar saya. Pendek kata, dengan nama ini, saya ingin dikenali sebagai Arisha, dan bukan diri saya yang sebenar.
Saya amat gemar dengan bidang penulisan sejak dulu lagi. Namun minat saya lebih kepada bidang puisi, dan bukannya penulisan cerita atau cerpen dan sebagainya. Namun, saya hanya menulis mengikut pendapat dan pandangan saya sahaja. Sekiranya kalian lebih arif tentang bahasa puisi, bantulah saya dengan memberi komen-komen membina agar saya dapat lebih memperbaiki diri dan penulisan saya.
Saya rasa mungkin setakat itu sahaja dahulu ya, semoga kita bersua di lain masa. Wassalamualaikum w.b.t. Sempena hari pertama saya kembali aktif di blog ini, saya akan muat naik satu puisi yang saya hasilkan. Terimalah. Komen dan kritikan membina amat saya hargaiš„°.

Isnin, 17 Oktober 2016
Pengenalan..
Assalamualaikum..selamat pagi semua..saya seorang blogger baharu .. mohon tunjuk ajar ya..saya amat berminat dengan bidang penulisan..dan muzik
Langgan:
Catatan (Atom)